Teknologi Genetik
Berikut adalah beberapa kaedah yang digunakan dalam teknologi genetik:
Kaedah 'Diagnosa Genetik Pra-Implantasi / 'Bayi Rekaan'
Kaedah ini membolehkan ibu bapa merancang jantina bayi yang bakal dilahirkan. ibu bapa juga boleh memilih ciri ciri seperti ketinggian, rambut, warna rambut dan kecerdasan. Menurut pandangan Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Ab. Majid daripada Pensyarah Jabatan Usul dan Fiqh, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya berkata, secara umumnya islam mengalu - alukan kemajuan sains dan teknologi. Sepatutnya umat islam juga berfikir selaras dengan kemajuan tersebut. ini kerana sains dan teknologi tidak pernah bertentangan dengan agama kita. cuma dalam aspek amalan perlu ada batas supaya tidak mencampuri urusan semula jadi yang telah ditetapkan oleh Allah. Apabila berlaku pertentangan maka ketika itu pengamalannya mesti dihentikan.
Beliau berkata lagi untuk dijadikan polisi umum, ulama tidak membenarkan penggunaan teknologi ini kerana ia secara langsung mengganggu proses semula jadi yang ditetapkan oleh Allah s.w.t.. Ia mengganggu sistem taburan jantina masyarakat. Polisi ini juga termasuk melakukan pembedahan plastik dan menukar jantina. Begitu juga dengan proses sehingga membolehkan kaum lelaki mengandung dan mengeluarkan telur. Ini juga diharamkan dalam agama kita.
Ini kerana ada kebimbangan penggunaan teknologi itu membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan. Bagaimanapun, dalam kes tertentu yang melibatkan individu ulama berbeza pendapat. Apabila berbeza pendapat, ia diharuskan dan hukumnya ditentukan mengikut kes individu. Apa yang penting ialah perlunya kepada kawalan yang sangat ketat oleh mereka yang pakar seperti doktor dan juga para ulama.
Penggunaan teknologi ini bukan pula menentang ketentuan Allah kerana sains dan teknologi juga mengikut ketentuan Allah. Contohnya, ketentuan Allah beras sifatnya keras dan berbiji. Mengapa kita rendam dalam air dan memasaknya? Ini bermakna kemajuan sains membantu kita dari segi mendapat makanan.
Jika pengguna berada dalam keadaan darurat, Islam menyediakan kelonggaran atau rukhsah dalam kes-kes tertentu. Keperluan itu pula sangat mendesak di mana jika tidak dilakukan boleh mendatangkan mudarat atau kerugian yang banyak kepada seseorang. Saya lebih cenderung kepada pendapat jika ia dilakukan kepada individu ia patut dibenarkan.
Contohnya, seorang jutawan yang tidak mempunyai anak lelaki. Apabila dia meninggal dunia ada kemungkinan satu pertiga daripada hartanya akan diserahkan kepada pihak berkuasa atau Baitulmal. Dalam keadaan ini, pertimbangan boleh diberi untuk individu tersebut menggunakan kaedah ini. Tetapi ia memerlukan kawalan yang amat ketat termasuk setelah dikeluarkan fatwa yang membolehkannya menggunakan teknologi 'bayi rekaan' selepas mengambil kira pelbagai aspek.
Kaedah yang sama digunakan dalam kes menggunakan dadah. Secara amnya guna dadah adalah haram tetapi untuk tujuan perubatan fatwa mengatakan ia boleh. Ini kerana hal-hal begini tidak bertentangan dengan nas secara khusus tetapi ia hanya melibatkan polisi syariat dalam menjaga keharmonian masyarakat dan keluarga.
No comments:
Post a Comment