Sains Islam

Wednesday 23 March 2016

Pendahuluan

بسم الله الرحمن الرحيم

Secara ringkasnya kejuruteraan genetik dapat diertikan dengan pengubahsuaian genetik sesuatu organisma.Seperti yang kita tahu semua kehidupan terdiri dari unsur yang asas iaitu DNA. Tidak kira haiwan atau tumbuhan, semuanya mempunyai DNA, bahkan virus juga mempuyai RNA atau DNA. Didalam DNA inilah tersimpannya maklumat-maklumat yang diperlukan bagi sesuatu sel itu untuk berfungsi seperti biasa.
Teknologi ini masih baru lagi dan banyak lagi yang perlu diteroka, terutamanya kepentingannya dari segi perubatan, industri dan pertanian. Kita tidak pasti, sejauh manakah teknologi ini berkembang pada masa akan datang. Semoga ianya digunakan untuk tujuan kemaslahatan dan bukannya menjadi senjata pemusnah manusia itu sendiri .

Dengan kemajuan sains dan teknologi di bidang genetik ini juga, manusia mampu untuk menjalankan eksperimen-eksperimen yang mencampurkan benih dari spesis binatang dengan binatang yang lain, dengan tujuan untuk menghasilkan spesis yang lebih baik. Contohnya, seperti penghasilan jenis lembu, kambing dan anjing yang lebih baik dari segi penghasilan susu, daging, kulit dan juga kecantikan.

Di samping itu, kejayaan di bidang genetik ini telah menggemparkan dunia, dengan berbagai-bagai jenis makhluk baru yang beraneka bentuk dan rupa, hasil daripada campuran benih yang telah dilakukan oleh manusia.

Persoalannya sekarang, apakah pandangan Islam terhadap perkara-perkara yang sebegini. Firman Allah s.w.t di dalam surah An Nisa' ayat yang ke 119, yang bermaksud: 

"Dan aku (syaitan) benar-benar akan menyesatkan mereka, dan akan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka dan akan menyuruh mereka memotong telinga-telinga binatang ternak (iaitu untuk dipersembahkan kepada berhala), lalu mereka benar-benar memotongnya, dan akan aku suruh mereka merubah ciptaan Allah, lalu mereka benar-benar merubahnya."

Daripada ayat di atas jelas kepada kita bahawa secara umumnya, merubah ciptaan Allah adalah merupakan sebahagian daripada amalan syaitan yang akan membawa bala bencana kepada manusia. Setiap ciptaan Allah yang berada di alam ini adalah berada di dalam keadaan yang cukup sempurna dan seimbang serta mendatangkan kebaikan dan manfaat kepada manusia.

Begitulah juga halnya, dengan usaha-usaha yang dijalankan untuk menghasilkan spesis-spesis binatang baru dengan mencampur-adukan berbagai-bagai jenis benih binatang hanya semata-mata untuk tujuan mengukir nama di bidang sains, tetapi sebaliknya memudharatkan dan menganiaya binatang, juga dilarang di dalam Islam.

Sungguhpun begitu, larangan ini adalah tidak mutlak. Islam tetap lagi memberi ruang kepada sains untuk menerokai bidang genetik ini, tetapi ianya hendaklah sesuai dengan prinsip kemanusiaan dan tidak mendatangkan mudharat ataupun bahaya kepada manusia dan juga alam sekitar.

Umpamanya, kemajuan sains dan teknologi dalam menghasilkan bayi tabung uji boleh digunakan kepada pasangan yang tidak mempunyai anak. Di mana benih daripada suami boleh disenyawakan dengan benih isteri dan kemudian dibesarkan di dalam kandungan isteri itu sendiri. Oleh itu tidak timbul masalah mengambil benih daripada orang lain atau mengambil upah mengandungkan anak orang lain, yang mana akibatnya mendatangkan porak-peranda di dalam masyarakat.

Begitu juga dengan kaedah kacukan binatang ataupun tumbuh-tumbuhan yang boleh menghasilkan baka yang lebih baik dan mendatangkan manfaat kepada manusia, ianya adalah dibolehkan. Ini adalah sesuai dengan sebuah hadis yang menceritakan ada seorang sahabat yang datang bertanya dengan Rasullullah s.a.w tentang kacukan pohon tamar yang telah dilakukannya. Maka Rasullullah menjawab, "Engkau lebih mengetahui tentang itu." Ini menjelaskan kepada kita bahawa kacukan yang membawa faedah kepada manusia dan tidak memudharatkan kehidupan adalah dibolehkan.

Sekiranya kemajuan sains dan teknologi di bidang genetik ini tidak dibataskan, maka bayangkanlah kerosakan yang akan dibawanya. Akan timbul masalah-masalah masyarakat, seperti anak yang mempunyai dua ibubapa, wanita-wanita yang kerjanya hanyalah mengambil upah untuk mengandungkan anak untuk orang lain, ataupun akan wujud pula binatang yang mempunyai perasaan dan tabiat seperti manusia ataupun sebaliknya, dan berbagai-bagai masalah lagi.

Oleh hal yang demikian, penekanan yang diberi oleh Islam dalam menangani isu etika berkenaan dengan kemajuan sains dan teknologi di bidang genetik adalah menjurus kepada menjaga keharmonian hidup masyarakat, dengan mengambil kira faktor kemanusiaan, perasaan, fitrah semulajadi dan menjaga keseimbangan alam sekitar.

Sumber: http://teknologigenetik.blogspot.my/
Asas Akidah Islam
Kepentingan Etika Dalam Sains Dan Teknologi
  • Sebagai panduan kepada saintis dan teknokrat
  • Memastikan hasil kajian dah penyelidikan masih mengikut hukum syarak
  • Etika bertindak sebagai batasan kepada perkara-perkara yang boleh dilakukan dan membasmi perkara yang tidak boleh dilakukan
  • Sains juga tidak terlepas dari syariat yang ditetapkan oleh Allah SWT
Isu – Isu Etika Dalam Sains Dan Teknologi Moden Hari Ini
1) Pengklonan manusia
2) Nuklear
3)Pembedahan Plastik
4)Pengguguran Kandungan
5) Bayi Tabung Uji

Kesan Pengabaian Etika Terhadap Manusia Dan Alam
1) Pecemaran Alam Sekitar
- Bahan kotor dan berbahaya dilepaskan ke kawasan sekitar
2) Rumah Hijau
- Haba yang terperangkap di atmosphere bumi mengakibatkan suhu meningkat
3) Rumah Hijau
- Gas beracun naik ke udara bercampur dengan awan dan dilarut oleh titisan awan dan turunlah hujan yang dapat merosakkan tanaman dan bangunan

Cara - Cara mengatasi Isu-Isu Etika Dalam Sains Dan Teknologi Dari Sudut Islam
1) Berpegang teguh dengan Al-quran dan As-sunnah nescaya kita tidak akan sesat selama-lamanya
2) Memupuk keimanan dalam setiap diri muslim
3) Ikhlas dan memiliki niat yang baik supaya kajian sains dan teknologi yang dikaji itu memberi manfaat kepada manusia sejagat 
4) Bermusyawarah dan bermuafakat sangat penting disamping mengambil pandangan ijma’ ulama sebagai panduan 
Akidah
-Akidah dari segi bahasa bererti simpulan iman ataupun pegangan yang kuat atau satu keyakinan yang menjadi pegangan yang kuat
-KuatAkidah dari sudut istilah ialah kepercayaan yang pasti dan keputusan yang muktamat tidak bercampur dengan syak atau keraguan pada seseorang yang berakidah sama ada akidah yang betul atau sebaliknya
-Akidah Islam ialah kepercayaan dan keyakinan terhadap Allah serta beriman dengan nama-namaNya segala sifat-sifatNya juga beriman dengan adanya malaikat, kitab-kitab, para Rasul, Hari Akhirat dan beriman dengan taqdir Allah sama ada baik atau buruk termasuk juga segala apa yang dating dari Allah. Seterusnya patuh dan taat pada segala ajaran dan petunjuknya.

Syariah
-Syariah berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud jalan untuk diikuti. Secara harafiah, syariah bermakna jalan ke tempat yang mempunyai air   
-Seterusnya perkataan al-Syariah menurut pengertian dan penggunaan istilah : 
  • Pembentukan dan penetapan peraturan yang mana daripadanya dapat diketahui hukum-hukum yang berbentuk praktikal orang mukallaf, apa yang berkaitan dengan perintah serta kaitannya

Kepatuhan manusia kepada hukum Allah terbahagi kepada wajib, sunat dan harus  Manakala larangan Allah ke atas manusia terbahagi kepada haram dan makruh.

Akhlak
-Akhlak dari segi bahasa didefinisikan sebagai moral, tabiat, perangai, budi, adab, sifat semulajadi, maruah, watak, amalan agama atau rupa batin seseorang
-Secara etimologi akhlak berasal daripada kata al-akhlaqu iaitu kata jama’ daripada perkataan al-khuluq yang bererti tabiat, kelakuan, perangai, tingkahlaku, maruah, adat kebiasaan, malah ia juga beretri agama itu sendiri.
-Dari segi istilah, akhlak membawa pengertian suatu ilmu yang menjelaskan erti baik dan buruk, menerangkan apa yang seharusnya dilakukan oleh setengah manusia kepada yang lainnya
-Akhlak terbahagi kepada dua bentuk iaitu akhlak mahmudah

Faktor 
1) Tidak menghayati konsep Islam itu sebagai ad-deen
2) Tanggapan yang salah peranan manusia sebagai seorang insan
3) Tidak jelas matlamat sains dan teknologi
4) Kemampuan Manusia Terbatas

Teknologi Genetik


Berikut adalah beberapa kaedah yang digunakan dalam teknologi genetik:
Kaedah 'Diagnosa Genetik Pra-Implantasi / 'Bayi Rekaan'

            Kaedah ini membolehkan ibu bapa merancang jantina bayi yang bakal dilahirkan. ibu bapa juga boleh memilih ciri ciri seperti ketinggian, rambut, warna rambut dan kecerdasan.    Menurut pandangan Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Ab. Majid daripada Pensyarah Jabatan Usul dan Fiqh, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya berkata, secara umumnya islam mengalu - alukan kemajuan sains dan teknologi. Sepatutnya umat islam juga berfikir selaras dengan kemajuan tersebut. ini kerana sains dan teknologi tidak pernah bertentangan dengan agama kita. cuma dalam aspek amalan perlu ada batas supaya tidak mencampuri urusan semula jadi yang telah ditetapkan oleh Allah. Apabila berlaku pertentangan maka ketika itu pengamalannya mesti dihentikan.

            Beliau berkata lagi untuk dijadikan polisi umum, ulama tidak membenarkan penggunaan teknologi ini kerana ia secara langsung mengganggu proses semula jadi yang ditetapkan oleh Allah s.w.t.. Ia mengganggu sistem taburan jantina masyarakat. Polisi ini juga termasuk melakukan pembedahan plastik dan menukar jantina. Begitu juga dengan proses sehingga membolehkan kaum lelaki mengandung dan mengeluarkan telur. Ini juga diharamkan dalam agama kita.

            Ini kerana ada kebimbangan penggunaan teknologi itu membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan. Bagaimanapun, dalam kes tertentu yang melibatkan individu ulama berbeza pendapat. Apabila berbeza pendapat, ia diharuskan dan hukumnya ditentukan mengikut kes individu. Apa yang penting ialah perlunya kepada kawalan yang sangat ketat oleh mereka yang pakar seperti doktor dan juga para ulama.

            Penggunaan teknologi ini bukan pula menentang ketentuan Allah kerana sains dan teknologi juga mengikut ketentuan Allah. Contohnya, ketentuan Allah beras sifatnya keras dan berbiji. Mengapa kita rendam dalam air dan memasaknya? Ini bermakna kemajuan sains membantu kita dari segi mendapat makanan.

            Jika pengguna berada dalam keadaan darurat, Islam menyediakan kelonggaran atau rukhsah dalam kes-kes tertentu. Keperluan itu pula sangat mendesak di mana jika tidak dilakukan boleh mendatangkan mudarat atau kerugian yang banyak kepada seseorang. Saya lebih cenderung kepada pendapat jika ia dilakukan kepada individu ia patut dibenarkan.
            Contohnya, seorang jutawan yang tidak mempunyai anak lelaki. Apabila dia meninggal dunia ada kemungkinan satu pertiga daripada hartanya akan diserahkan kepada pihak berkuasa atau Baitulmal. Dalam keadaan ini, pertimbangan boleh diberi untuk individu tersebut menggunakan kaedah ini. Tetapi ia memerlukan kawalan yang amat ketat termasuk setelah dikeluarkan fatwa yang membolehkannya menggunakan teknologi 'bayi rekaan' selepas mengambil kira pelbagai aspek.
            Kaedah yang sama digunakan dalam kes menggunakan dadah. Secara amnya guna dadah adalah haram tetapi untuk tujuan perubatan fatwa mengatakan ia boleh. Ini kerana hal-hal begini tidak bertentangan dengan nas secara khusus tetapi ia hanya melibatkan polisi syariat dalam menjaga keharmonian masyarakat dan keluarga.
Kaedah InVitro Firtilization / 'Bayi Tabung Uji'  

            Dengan kemajuan sains dan teknologi di bidang genetik ini juga, manusia mampu untuk menjalankan eksperimen-eksperimen yang mencampurkan benih dari spesis binatang dengan binatang yang lain, dengan tujuan untuk menghasilkan spesis yang lebih baik. Contohnya, seperti penghasilan jenis lembu, kambing dan anjing yang lebih baik dari segi penghasilan susu, daging, kulit dan juga kecantikan.
            Di samping itu, kejayaan di bidang genetik ini telah menggemparkan dunia, dengan berbagai-bagai jenis makhluk baru yang beraneka bentuk dan rupa, hasil daripada campuran benih yang telah dilakukan oleh manusia.
Persoalannya sekarang, apakah pandangan Islam terhadap perkara-perkara yang sebegini. Firman Allah s.w.t di dalam surah An Nisa' ayat yang ke 119, yang bermaksud: 

"Dan aku (syaitan) benar-benar akan menyesatkan mereka, dan akan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka dan akan menyuruh mereka memotong telinga-telinga binatang ternak (iaitu untuk dipersembahkan kepada berhala), lalu mereka benar-benar memotongnya, dan akan aku suruh mereka mengubah ciptaan Allah, lalu mereka benar-benar mengubahnya."

            Daripada ayat di atas jelas kepada kita bahawa secara umumnya, mengubah ciptaan Allah adalah merupakan sebahagian daripada amalan syaitan yang akan membawa bala bencana kepada manusia. Setiap ciptaan Allah yang berada di alam ini adalah berada di dalam keadaan yang cukup sempurna dan seimbang serta mendatangkan kebaikan dan manfaat kepada manusia.
Perbuatan pengklonan lebih dilihat kepada usaha manusia untuk bertindak di luar daripada peraturan yang telah ditentukan Allah S.W.T iaitu kelahiran manusia atau keturusannya melalui perkahwinan. Ia juga sebagai satu usaha manusia untuk keluar daripada peraturan hidup yang dicipta oleh Allah S.W.T.

Firman Allah S.W.T:

"Sesunguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya."

            Oleh itu sebarang bentuk pengubahsuian yang dilakukan, yang boleh mendatangkan mudharat kepada manusia dan alam sekitar adalah dilarang di dalam Islam. Contohnya, seperti eksperimen yang dilakukan di Russia tidak berapa lama dahulu, di mana benih manusia telah dikacukkan dengan benih binatang, dengan harapan, kacukan ini akan dapat menghasilkan satu spesis yang separuh manusia dan separuh binatang yang dapat digunakan sebagai tenaga buruh di bidang industri ataupun pertanian. Tenaga-tenaga buruh ini diharapkan tidak akan mendatangkan sebarang masalah kepada manusia kerana mereka senang diarah dan tidak banyak kerenah seperti manusia biasa.

            Begitulah juga dengan masalah bayi tabung uji. Oleh kerana kemajuan sains dan teknologi yang canggih mampu untuk melakukan persenyawaan benih manusia di luar daripada kebiasaan, maka manusia dengan sewenang-wenangnya menggunakannya demi memuaskan kehendak diri sendiri. Maka timbulah isu wanita-wanita yang menawarkan diri untuk mengandungkan anak untuk orang lain. Ataupun pasangan-pasangan yang mempunyai anak yang cacat atau yang kurang bernasib baik sanggup memohon daripada penderma-penderma benih yang dianggap lebih intelektual, agar dengan yang demikian anak yang bakal dilahirkan akan menjadi seorang yang pandai dan intelek.
            Begitulah juga halnya, dengan usaha-usaha yang dijalankan untuk menghasilkan spesis-spesis binatang baru dengan mencampur-adukan berbagai-bagai jenis benih binatang hanya semata-mata untuk tujuan mengukir nama di bidang sains, tetapi sebaliknya memudharatkan dan menganiaya binatang, juga dilarang di dalam Islam.
            Sungguhpun begitu, larangan ini adalah tidak mutlak. Islam tetap lagi memberi ruang kepada sains untuk menerokai bidang genetik ini, tetapi ianya hendaklah sesuai dengan prinsip kemanusiaan dan tidak mendatangkan mudharat ataupun bahaya kepada manusia dan juga alam sekitar.
            Umpamanya, kemajuan sains dan teknologi dalam menghasilkan bayi tabung uji boleh digunakan kepada pasangan yang tidak mempunyai anak. Di mana benih daripada suami boleh disenyawakan dengan benih isteri dan kemudian dibesarkan di dalam kandungan isteri itu sendiri. Oleh itu tidak timbul masalah mengambil benih daripada orang lain atau mengambil upah mengandungkan anak orang lain, yang mana akibatnya mendatangkan porak-peranda di dalam masyarakat.
            Begitu juga dengan kaedah kacukan binatang ataupun tumbuh-tumbuhan yang boleh menghasilkan baka yang lebih baik dan mendatangkan manfaat kepada manusia, ianya adalah dibolehkan. Ini adalah sesuai dengan sebuah hadis yang menceritakan ada seorang sahabat yang datang bertanya dengan Rasullullah s.a.w tentang kacukan pohon tamar yang telah dilakukannya. Maka Rasullullah menjawab, "Engkau lebih mengetahui tentang itu." Ini menjelaskan kepada kita bahawa kacukan yang membawa faedah kepada manusia dan tidak memudharatkan kehidupan adalah dibolehkan.
            Sekiranya kemajuan sains dan teknologi di bidang genetik ini tidak dibataskan, maka bayangkanlah kerosakan yang akan dibawanya. Akan timbul masalah-masalah masyarakat, seperti anak yang mempunyai dua ibubapa, wanita-wanita yang kerjanya hanyalah mengambil upah untuk mengandungkan anak untuk orang lain, ataupun akan wujud pula binatang yang mempunyai perasaan dan tabiat seperti manusia ataupun sebaliknya, dan berbagai-bagai masalah lagi.
            Oleh hal yang demikian, penekanan yang diberi oleh Islam dalam menangani isu etika berkenaan dengan kemajuan sains dan teknologi di bidang genetik adalah menjurus kepada menjaga keharmonian hidup masyarakat, dengan mengambil kira faktor kemanusiaan, perasaan, fitrah semulajadi dan menjaga keseimbangan alam sekitar.


   


Kaedah Makanan Ubahsuai Genetik (GMF)

Pengasingan gen daripada satu organisma dan memindahkannya kepada organisma lain akan menghasilkan makanan ubahsuai genetik (GMF) yang menyebabkan kualiti dan kuantiti hasil pertanian atau makanan ditingkatkan. Namun yang menjadi kebimbangan ramai pihak sekarang adalah berkenaan isu halal dan keselamatan GMF tersebut. Adakah ia mempunyai kesan sampingan sama ada kepada kesihatan, alam sekitar, keselamatan dan agama? Oleh itu, kita perlu menimbal balik hal ini dari pandangan Islam yang menjadi pegangan kita. Kajian mengenai GMF ini terus berjalan dan kesinambungannya akan menampakkan hasil kepada kita sama ada baik atau buruk.

            Islam telah menggariskan kepada kita dua ciri utama yang perlu kita nilai dalam memilih makanan iaitu halal dan baik (halalan tayyiban) sepertimana yang telah disebut oleh al- Quran dalam Surah Al Baqarah ayat 168.

Umat Islam perlu peka dalam konsep halalan tayyiban dalam memilih makanan. Ini kerana makanan, merupakan unsur yang penting dalam mempengaruhi kesihatan dan pertumbuhan diri manusia. Hakikatnya, agama Islam amat mengambil berat tentang kebersihan dan kesucian terutama perkara- perkara yang berhubung dengan pembentukan jasmani dan rohani. Intipati daripada konsep halalan tayyiban tersebut adalah untuk menjamin kebaikan makanan yang diambil di samping memelihara kesihatan manusia.

Dalam ertikata lain, umat Islam perlu memastikan makanan yang diambil adalah halal. Setelah dipastikan ia halal, maka hendaklah dipastikan pula makanan tersebut baik dan selamat. Bertepatan dengan hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam at- Tabarani,

"Setiap daging yang tumbuh daripada yang haram, maka api neraka lebih layak baginya".

Oleh kerana itu, perkara halal dan keselamatan sesuatu makanan menjadi keutamaan masyarakat kita pada hari ini.

            Makanan yang halal adalah selamat untuk dimakan tetapi makanan yang selamat tidak semestinya halal. Oleh itu, dalam rangka GMF, selagimana punca atau sumber yang menghasilkan sesuatu makanan itu halal, ia adalah selamat untuk dimakan. Pandangan Islam mengenai GMF ini perlu dilandaskan dengan beberapa perkara di mana Islam menekankan soal halal dan haram sesuatu jenis makanan adalah secara jelas dan turut menekankan soal "tayyib" iaitu kebaikan makanan yang dimakan.

            Dalam kita membahaskan berkenaan dengan GMF ini, sekalipun makanan tersebut adalah daripada sumber gen haiwan yang halal dimakan dalam Islam, tetapi jika ia diketahui mempunyai kesan sampingan, mengundang kemudaratan kepada kesihatan manusia, maka ia perlu dielakkan. Ia merupakan pendekatan maqasid syariah yang menekankan perlindungan terhadap agama, nyawa, akal, zuriat dan harta benda. Jika GMF itu ternyata membawa bahaya kepada perkara- perkara tersebut, maka sudah pasti ia tidak wajar dimakan. 

            Dekan Universiti Filipina, Institut Pengajian Islam, Dr Carmen Abu Bakar menyatakan bioteknologi ataupun makanan ubahsuai genetik adalah harus bagi setiap orang Islam selagi pemprosesan setiap barang keluaran dilabelkan sebagai "bebas daripada elemen bahaya". Di sini telah nampak satu keperluan bagi umat Islam tentang pelabelan sesuatu GMF sama ada ia mengandungi unsur yang mudarat atau sebaliknya.

Keperluan pelabelan GMF ini penting sepertimana keperluan dilabelkan halal seperti yang telah diamalkan di negara kita sekarang. Ia mempamerkan suatu perubahan dalam kehidupan kita sebagai pengguna kerana selain kita mementingkan dari sudut halal, kepentingan dari segi kebaikan dan kesan sampingan sesuatu makanan juga tidak diabaikan. Persidangan Islam yang diadakan di Rabat, Morocco di mana Islamic Academy of Science menyatakan selagi GMF ini adalah bermutu baik, tiada risiko kepada manusia dan alam sekitar, umat Islam boleh menggunakannya.

            Oleh itu, kita sebagai umat Islam perlu peka dan selagi kita berpegang kepada konsep halalan tayyiban, kita dapat menilai dan memilih sendiri apakah sesuatu makanan itu halal dan selamat untuk dimakan. Yang menjadi persoalan sekarang, masih belum ada lagi pelabelan makanan yang menyatakan sesuatu makanan itu mengandungi unsur pengubahsuaian genetik ataupun tidak.

            Dalam isu perbincangan makanan ubahsuai genetik ini, satu perkara yang kita tidak boleh pandang enteng ialah persoalan mengenai wujud atau tidak keperluan untuk mengubahsuai genetik semua benda dalam keadaan hidup kita sekarang. Adakah perlu kita mengubah semua benda dengan sewenang- wenangnya tanpa ada suatu kepentingan? Allah telah mengingatkan kepada manusia supaya tidak membuat kerosakan di muka bumi. Jika diketahui bahawa kaedah mengubahsuai genetik ini membawa kerosakan kepada alam sekitar, maka sudah pastilah Islam tidak mengharuskan kaedah ini digunakan. Ia sebenarnya bergantung kepada keadaan semasa. Hanya di dalam keadaan tertentu sahaja kita boleh gunakan kaedah tersebut iaitu apabila timbul keadaan yang memerlukan contohnya kes di negara yang rakyatnya kekurangan sesuatu vitamin.

            Oleh itu, apabila adanya GMF, makanan tersebut diperkaya dengan vitamin tersebut dan ini boleh mengatasi masalah yang dihadapi oleh negara tersebut. Umar Anggara Jenie (2006) dalam kertas kerjanya yang bertajuk "Agrobiotechnological in The Context of Bioethics- Islamic Perspective" menyatakan penggunaan teknologi untuk tujuan bermanfaat seperti makanan, perubatan, kesihatan dan pertanian dan lain- lain dibolehkan di dalam Islam. Oleh itu, dalam ruang lingkup GMF, selagi ia dibenarkan menurut konsep syariah dan masih berada dalam ruang lingkup yang dibenarkan dalam ajaran Islam serta tidak mendatangkan apa-apa keburukan dan kemudaratan, kita boleh menggunakan makanan tersebut.

            Kesedaran tentang GMF di negara kita masih lagi di takuk tidak memberangsangkan. Oleh itu, perlu diambil beberapa langkah bagi meningkat kesedaran orang ramai tentang GMF ini. Ini termasuklah memaklumkan kepada orang ramai tentang GMF dan kesan- kesannya kepada kesihatan. Kerjasama yang sepadu daripada pelbagai agensi kerajaan diperlukan agar fakta yang tepat dan menyeluruh dapat disampaikan kepada masyarakat awam agar kekeliruan dapat dielakkan. Penyelidikan yang berterusan dari institusi penyelidikan amatlah dialu- alukan agar kajian boleh dilakukan untuk memantau kesan sampingan yang wujud disebabkan oleh GMF ini. Dan yang paling penting perlu ada pemuafakatan antara ulama dan saintis mengenai GMF ini agar dapat memperhalusi sama ada teknologi ubahsuai genetik ini diharuskan dalam Islam atau sebaliknya dengan mengambil kira pandangan pakar- pakar sains dari segi prosedur, teknikal, perubatan dan kesihatan berkenaan isu tersebut.

            Hakikatnya, umat Islam perlu peka dalam hal ini dan perlu mendepani dalam meneroka bidang ilmu yang semakin berkembang kini terutamanya bioteknologi agar kita mampu bersedia menghadapi cabaran dan dapat mempertahankan diri daripada serangan- serangan berbentuk baru kerana bioteknologi boleh dijadikan senjata oleh musuh Islam dalam memerangi umat Islam itu sendiri. Oleh itu, menjadi kewajipan kita mengikuti perkembangan ilmu terkini agar diri kita menjadi kian mantap dan menguasai pelbagai cabang ilmu.